HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

 

                 

TAJUK : HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI


NAMA

NO. PENDAFTARAN

1       RADEN NURUL BALQIS BINTI MOHAMMAD NORSHAH

02DBS20F2040

2       NUR ATHIRAH BINTI SHARIZAL

02DBS20F2013

3       MITRA A/P JEGADESAN

02DBS20F2036

4       NUR AMIERAH AMALIN BINTI NOR SHAM

02DBS20F2008

5       PIRIYATHARSHINI A/P KRISHNAMORTHY

02DBS20F2005

6     AINA AZRIYANTI BINTI SENIN

02DBS20F2027

 

NAMA PENSYARAH: RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SHUKRI

KELAS: DBS1A

SESI: DISEMBER 2020



ISI KANDUNGAN

UNIT

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN

2.0

DEFINISI MANUSIA

2.1

DEFINISI PERSEKITARAN GEOGRAFI

3.0

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

3.1

APA YANG BERKAITAN DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

3.2

BINCANGKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

4.0

PENUTUP

5.0

RUJUKAN

6.0

LAMPIRAN


1.0 PENDAHULUAN

Suatu kajian dibuat berkenaan hubungan manusia dengan persekitaran geografi iaitu ruang yang berkaitan dengan interaksi manusia dan alam sekitar. Sebagai contoh,hubungan manusia dengan persekitaran geografi merupakan ilmu yang tertumpu kepada interaksi manusia dengan bentuk persekitaran alam sekitar.Manusia yang banyak membawa perubahan kepada alam sekitar.Aristotle membuat tanggapan bahawa manusia memerlukan alam sekitar untuk memenuhi keperluannya.Alam sekitar menyediakan keperluan manusia.Manusia juga perlu berinteraksi dengan alam sekitar untuk mendapatkan keperluan melalui budaya  manusia yang juga berkait dengan aktiviti ekonomi.Didalam geografi persekitaran manusia,ia mempunyai dua persoalan asas iaitu “kenapa” dan “dimana”.Ia digunakan bagi mencari objektif sesebuah kajian geografi.



2.0 DEFINISI MANUSIA

Manusia yang mendiami sesuatu kawasan atau ruang bumi dalam masa tertentu. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok manusia yang menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial dan bertindak balas dengan alam sekitar. Penduduk menjalankan aktiviti dan kehidupan dengan memanfaatkan sumber alam seperti tanih, lautan, galian atau mineral, air dan udara di persekitaran mereka. Kemajuan dan keintelektualan penduduk moden membolehkan mereka berinteraksi dan merubah alam sekitar fizikal dan persekitaran untuk mengisi kehidupan yang mencadar. Manusia saling berinteraksi dan bertindak balas. Manusia juga adalah agen perubahan melalui aktiviti ekonomi dan sosial mereka, manusia boleh merubah keadaan dan persekitaran dengan tindakan yang kadang-kadang sangat melampaui batas dan memberikan impak yang besar ke atas persekitaran fizikal dan budaya. Manusia sebagai sumber atau modal insan yang penting ini boleh diukur atau dinilai berasaskan aspek kuantiti dan kualiti. Manusia sebagai sumber juga merupakan tenaga buruh atau pekerja yang ramai, muda, murah dan mudah membantu pembangunan sesebuah negara terutamanya dalam aktiviti pengeluaran produk dan aktiviti sosial dan perkhidmatan.



2.1 DEFINISI PERSEKITARAN GEOGRAFI 

Geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Perkataan ‘Geografi’ berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu “geo” yang bermaksud bumi dan “graphon” yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan ‘Geographia’ yang bermaksud “deskripsi tentang bumi”. Ahli-ahli menumpukan perhatian mereka terhadap ciri dan pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta. Merujuk kepada ruang permukaan bumi yang mempunyai perkaitan dengan cuaca, tanah-tanih, bentuk muka bumi, geomorfologi, hidrologi dan tumbuh-tumbuhan. Persekitaran geografi ini dirujuk sebagai alam sekitar menjadi ‘rumah’ pada hidupan bumi dan manusia untuk menjalankan aktiviti kehidupannya.


3.0 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI 

Persekitaran geografi manusia dikenali sebagai kajian masyarakat manusia dari segi ruang iaitu hubungan yang dibina antara masyarakat dengan persekitaran fizikal dan landskap budaya. Persekitaran geografi manusia adalah untuk menganalisis hubungan sosial yang berkembang untuk manusia menjalankan satu kegiatan dalam konteks tertentu. Selain itu, ia juga adalah ikatan rapat antara kedua duanya yang tidak dapat dielakkan dan bagaimana mereka mempengaruhi antara satu sama lain. Persekitaran geografi manusia bermula dari pertimbangan bahawa manusia sentiasa mengintegrasikan kumpulan sosial yang luas dan akan mewujudkan persekitaran sosial dan fizikal melalui proses tranformasi struktur sosial.


3.1 APA YANG BERKAITAN DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI 

Geografi Manusia

Kegiatan manusia mempengaruhi aspek manusia merangkumi aspek ekonomi,politik kebudayaan, meterologi, dan ekologi bumi.Selain itu aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan.Cara –cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan kesan kegiatan manusia.Kajian dijalankan dikenali sebagai Pengunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Geografi Fizikal

Geografi fIzikal ditakrifkan sebagai cawangan geografi yang merangkumi semula dan fenomena di bumi.Geografi Fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi iaitu,ekosistem, tumbuhan dan haiwan liar, batuan, laut- lautan, bumi sebagai satu sistem.


3.2 BINCANGKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

Persekitaran geografi berperanan seperti pengkaji pengkaji nyatakan di atas tadi adalah sangat penting sebagai alat pengurusan sumber seperti pengetahuan dalam bidang ini dapat membantu manusia memanfaatkan sumber di permukaan bumi ini untuk melengkapi keperluan hidup.

Justeru,tanpa pengurusan sumber yang berkesan akan membawa kemerosotan dan pembaziran sumber sekaligus akan merugikan ekonomi manusia itu sendiri. Disamping itu,pertumbuhan penduduk dunia yang semakin bertambah telah memberi kesan terhadap usaha penghasilan makanan. Dalam pada itu, sisa buangan hasil interaksi manusia dengan alam sekitar juga bertambah maka untuk itu Goldsmith, Allen, Allaby, Davoll & Lawrence(1972) mencadangkan untuk mengusahakan dan menguruskan sumber serta menguruskan pelupusan bahan buangan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia.

Seperti yang demikian, dalam menerangkan peranan persekitaran geografi dalam hubungan tradisi manusia , pengkaji membincangkan peranan persekitaran geografi ekonomi dalam usaha manusia untuk memanfaatkan sumber mengikut wilayah. Maksudnya, ialah pembahagian ruang ekonomi mengikut daya kepekatan aktiviti ekonomi.

Dalam wilayah ekonomi pedalaman, pengkaji mengandaikan pengetahuan dan teknologi manusia adalah terbatas. Untuk itu, manusia dengan kemampuan yang ada berinteraksi dengan alam sekitar secara langsung di mana kawasan ini penduduk menjalankan aktiviti ekonomi primer seperti bercucuk tanam, mengutip hasil hutan. Walau bagaimanapun, berdasarkan pertimbangan dan andaian perkembangan teknologi di kawasan ini boleh juga didapati aktiviti sekunder yang mungkin melibatkan aktiviti pemprosesan hasil hutan seperti kayu balak secara komersial dan juga perlombongan yang melibatkan pembinaan kilang memproses kayu balak.

Dalam zon peralihan dan luar bandar pengkaji telah mengandaikan kawasan ini dapat dihubungi dengan pengangkutan darat. Oleh yang demikian, intensiti ekonomi juga adalah lebih banyak. Oleh itu, di kawasan ini masih lagi ada aktiviti ekonomi peringkat primer tetapi setelah dikaji, bahawa pengurusan sumber di kawasan ini adalah lebih baik termasuk teknologi yang sangat baik dalam aktiviti primer. Dalam pada itu, kawasan ini sudah wujud industri sekunder kerana diandaikan industri primer diusahakan secara besar-besaran. Dalam pada itu, wujud juga industri tertier yang bersangkut dengan perkhidmatan pengangkutan dan juga pembelian hasil pertanian melalui orang tengah. Seterusnya, aktiviti ekonomi tertier yang melibatkan penawaran barangan runcit, membaiki kereta motor dan juga perkhidmatan makanan segera boleh didapati secara meluas di kawasan ini.

Disamping itu, zon bandar dan bandar besar merupakan zon ekonomi yang sangat penting malahan pusat seperti zon ini boleh membawa penyebaran ekonomi ke kawasan zon peralihan, luar bandar bahkan kawasan pedalaman. Kewujudan industri primer di dalam wilayah ekonomi ini dengan mengambil kira lokasi bandar berkenaan khasnya bandar yang terletak di kawasan pinggir pantai yang sudah tentu aktiviti primer seperti industri perikanan merupakan aktiviti yang ditekankan. Kewujudan industri sekunder juga mengandaikan bahawa ia wujud selaras dengan kewujudan aktiviti industri primer. Perkhidmatan tertier dan kuaternari merupakan aktiviti yang sangat penting di kebanyakan bandar terutama di bandar besar seperti perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan, perbankan dan juga perkhidmatan kepakaran.

Sebagai kesimpulan,  persekitaran geografi memain peranan dalam konteks hubungan manusia-alam sekitar yang sangat penting. Bukan sekadar sebagai alat melihat sumber yang boleh dimanfaatkan walhal pengkaji juga telah mengandaikan ia juga dijadikan sebagai alat pengurusan sumber untuk menentukan sumber telah digunakan dengan jayanya dan juga sepenuhnya.



4.0 PENUTUP

Hubungan manusia dengan persekitaran geografi mestilah dititik beratkan walaupun kita berada dalam generasi baharu yang menggunakan teknologi. Bidang ilmu geografi manusia mempunyai peranan yang penting iaitu ilmu pengetahuan yang berguna kepada dunia.  Interaksi antara manusia dengan persekitaran geografi wujud dengan pengkajian geografi manusia. Oleh itu, ilmu pengetahuan tentang hubungan manusia dengan persekitaran geografi patut dikembangkan dan sejajar dengan dunia pada masa kini.



5.0 RUJUKAN

"Geografi." Wikipedia, Wikipedia Foundation, 21 Jan. 2021,ms.wikipedia.org/wiki/Geografi.

"Definisi Geografi Manusia"News.org, ms.fact-news.org/definisi-geografi-manusia.

"Towonsing,Augustine."Geografi Ekonomi:Kepentingan Peranan Dalam Hubungan Tradisi Manusia Dengan Alam Sekitar."Malaysian Ghost Research,26 Mar.2019.www.malaysian-ghost-research.org/geografi-ekonomi-kepentingan-peranan-dalam-hubungan-tradisi-manusia-dengan-alam-sekitar/.

"Definisi Geografi Manusia -Apa Itu,Maksud Dan Konsep - Saya Mahu Tahu Semuanya - 2021."Raspberry,21 Apr.2021,ms.erf-est.org/4803-geograf-humana.html.


6.0 LAMPIRAN























































































































































































Comments